JANTUNG HATIKU

Episod : Susu oh Susu



lena ...lepas penat pujuk dia  feed
pengalaman bersalin anak sulung ni tak banyak yang kita tahu...tapi sebenarnya banyak perkara yang kita perlu ambil tau...


mula2 mengandung...sepatutnya kita perlu tahu susu Ibu yang terbaik!!!jadi untuk menjadikan ia nya eksklusif kita perlu tahu macam mana caranya.Bukan nya susu ibu semasa dalam pantang je..ataupun semasa ibu bersama anak sahaja..tapi bila si ibu keluar bekerja anaknya diberi makan susu formula ( FM)..kesian perut anak tu ...belum kuat lagi untuk memproses bahan makanan selain SI...


semasa mengandung ,aku dah survey pam2 ...yang mahal..yang murah ...yang penting semangat ibu tu sendiri untuk susu kan anak nya...bukan pam jadi ukuran.


rupa2nya aku sendiri pun 2 bulan je minum SI,mak aku kata "kau tak nak nenen mak..."(mood sedih)tapi aku tak nak jadikan anak aku macam aku... masa mula2 memang aku tak pandai pujuk Along,sebabnya Along dah terbiasa minum pakai syringe...masa dia dok dlm inkubator..aku tak leh angkat dia,akibat jaundice yang teruk...jadi bila balik umah aku cuba pujuk dia,mesti dia mengamuk..penyudahnya mak aku kata "bagi je la botol"...aku pun pam la...pastu suh mak bagi..aku sedih...sebab anak aku tak nak minum dgn aku...




dalam pantang aku masih mencari2 bahan bacaan mengenai SI ,yg mana aku kurang faham mengenainya...
walaupun mak aku adakala bercanggah pendapat dengan aku pasal SI ni,tapi lepas dia baca template yang ada kat Hospital tu ,dia mula faham sikit2 dan dia lah juga yang support aku breastfeed Along...Mak yang jaga aku dalam pantang...masa anak aku bangun dia yang bangun dulu...baru dia kejutkan aku...besar pengorbanan mak yang aku tak dapat balas...TQ Mak!


pernah sampai tahap aku give up!!!...ye la..dlm pantang,tenaga kita masih lemah...tahap kesabaran boleh hilang bila baby tak nak direct feed kita.Puting aku jenis ke dalam,kalau minum asyik terlepas je,tu yang dia marah n mengamuk.bila kawan datang melawat yang direct feed anak2 diorang,aku pasang niat..tekad ..berazam nak susukan anak aku sampai 2 tahun...suami pun support!...kos nak beli susu sekarang bukan nya murah...suami pula memang tak pernah tengok kakak2 dia bagi susu tepung kat anak2 buah dia..so dia support le isteri dia..kalau tak dia le kene kuar modal...


alhamdulillah..sehingga kini 3 bulan 18 hari usia Along...masih minum SI.suka sangat bila malam2 org lain sibuk bangun bancuh susu...aku selak je..hehehe...kenyang gak anak aku...alhamdulillah....








~~~sampai sini..lain kali jumpa lagi~~~

Tiada ulasan: