JANTUNG HATIKU

Serba Salah

masuk hari ni dah 3 hari aku reformasi...keadaan diri dan perut yang semakin membesar bagai juara ni...buat suhu badan aku naik memuncak pada dinihari...dan pada masa ini pula kepala aku bagai melihat semua benda berpusing - pusing ibarat bintang di awan...aduhhh...


dan selama 3 hari ni la aku bagaikan seorang anak yang tidak bermaya...tapi ku gagahi ...malas mahu ke klinik kerana simptom ni adalah biasa bagi bakal2 ibu...mungkin ini adalah dugaan dari DIA...aku terima dengan redha..tapi pada siapa aku mahu mengadu kesakitan ini...kerana aku sendiri shj yg menanggungnya...sudah mula mahu membentuk pinggang,kesakitan ku rasakan buat aku menangis sendirian di kala ingin mengerjakan suruhan-MU Ya Tuhanku...pada blog ni la nukilan isi hati ku coretkan...


namun kesyukuran aku panjatkan padamu Ya Allah,kerana Engkau telah berikan aku kekuatan jua di saat kau berikan ujian-Mu...aku bersyukur kerana keadaaan diriku tidaklah seteruk bakal2 ibu yang lain...masih boleh bekerja...cuma aku kekadang culas juga menunaikan tangungjawab aku di rumah sbg seorang anak pada ibubapa dan kakak kpd adik2nya...inilahh yg buat aku serbasalah...ku mohon mereka memahami keadaan kakak yg sebegini...






~~~sampai sini..lain kali jumpa lagi~~~

Tiada ulasan: