artikel ini sy dapat dari seorang kenalan ,Tq Zora...rasa nak share dengan pembaca lain...
jom baca!
ANDAI LA AWAK TAU.. HUHUHUHU
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki
itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di
hatinya.
Andainya lelaki
tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air
mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk
terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki
tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia
tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang
mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki
tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak
pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya
dengan lebih dekat.
Andainya lelaki
tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda
berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia
mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan
anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan
anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan
masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati
kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang
terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa
tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih
baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan
kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih
baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan
bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu
mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam
masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan
saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah
dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang
paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan
perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah
sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa
pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan
dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi
dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih
sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,
isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
teringatkan incik suami di kampung...bile le dia nak mai ni...bz memanjang...ermmm
rezeki anak kami...Alhamdulillah...murah betul rezeki kamu wahai Along...
~~~sampai sini..lain kali jumpa lagi~~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan